Thursday, January 22, 2015

rumah sewa

*ini adalah entri pemanas jari. penuh dengan throwback. sabar jela ye.*

2013

pertama kali jejak kaki dekat Terengganu. masa tu nak menjejak rumah sewa. awal-awal ni menumpang rumah Obe dulu. katanya rumah tu dekat Taman Sejati 3, Paka.

puas aku pusing-pusing Paka. tak jumpa. kami tanya orang dekat-dekat situ pon. depa tak pasti kat mana. kau ni biar betul Obe. akhirnya jumpa la jugak taman perumahan tersebut.

terkedu kejap.

aku telah dididik sejak kecil lagi bahawa 'taman perumahan' ni selalunya ada banyak rumah. berpuluh-puluh unit. tak pon beratus-ratus.

ini ada 6 bijik rumah saja. wow.

lepas tu. baru aku perasan. dekat sini memang banyak taman yang berkonsep serupa. satu taman ada dalam 6-8 buah rumah saja. patutlah susah orang nak tau. banyak sangat taman-taman kecil.

kebanyakan taman kat sini ni jenis standalone. ada tanah dalam 1-2 ekar. pecah geran. panggil kontraktor. buat rumah. jual.

dari satu segi. bagus macam ni. pembeli tak payah fikir bab nak buat rumah. senang.

cuma satu ja yang aku tak berapa berkenan. disebabkan hampir semua taman kat sini standalone. tiada integrasi berskala besar. dari segi susunan saja teratur. aku tak nampak pon sistem perparitan yang bersepadu. saliran hanya setakat taman sendiri. tiada parit besar. agak pelik memandangkan sistem saliran ni sangat penting pada musim tengkujuh.

bila tanya. mereka kata. kalau luar tanah ni. dah masuk bawah majlis daerah.

betul. tapi membawa kesusahan jangka panjang. ni masalah bila fikir nak cepat ja.

nasib baik dekat kawasan taman kami duduk ni tak pernah lagi banjir. kalau kau pergi tengok dekat Chukai. sudahlah kawasan rendah. saliran pun tak bersepadu. maka tak hairan la kalau tiap-tiap tahun banjir.

semoga lepas ni sistem perparitan tak dipandang remeh lagi. kita ubah apa yang kita boleh ubah. jangan penuhkan longkang dengan sampah. longkang tersumbat. lagilah cepat air naik.

tapi kalau dah buat macam-macam tapi banjir jugak. itu tandanya Allah memang nak uji kita. dan ingatlah, ujian tu tanda kita disayangi Allah.

comeback

almost 3 years of hiatus. a comeback. would be nice.

let's see how long this determination will last.